Tuesday, 22 May 2012

Jumpa lagi Pada Tahun Hadapan

Penganjuran yang sangat berjaya bagi saya.
Mendapat sambutan oleh semua warga MINDEF.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sangat bagus untuk kesedaran keselamatan ICT di MINDEF.


Diharapkan akan ada lagi penganjuran seperti ini pada tahun hadapan.

Cabutan Bertuah

Antara aktiviti yang paling menarik saya rasakan sepanjang Minggu ICT ini berlangsung iaitu 
CABUTAN BERTUAH.
setuju tak?


Sesuai dengan nama Minggu ICT MINDEF 2012. 
Pendaftaran cabutan bertuah juga dibuat melalui sistem.
Satu pencapaian yang sangat menarik oleh pihak penganjur.
Pendaftaran telah bermula pada 21 Mei sehingga 23 Mei 2012.
Dan pemenang akan dihubungi melalui telefon.

Pegawai yang bertugas ramah memberikan penerangan kepada saya.

Beberapa pelawat sedang mengisi data untuk cabutan bertuah.
Semoga Berjaya.

Dan saya juga tidak ketinggalan untuk turut serta.
Anda?
Harap-harap saya lah insan bertuah itu.;p

Produk Jabatan Pendaftaran Negara

Hari ini sempat berkunjung di kiosk Jabatan Pendaftaran Negara
Tahukah anda bahawa MyKad anda mempunyai struktur baru yang boleh ditukar mulai Januari 2012?


Ya. Saya juga baru mengetahuinya. 
Walhal baru sahaja buat pertukaran pada Disember 2011 yang lalu atas sebab kerosakan.

Setelah mendapat penerangan serba sedikit oleh kakitangan JPN. 
Pertukaran itu tidaklah wajib dilakukan.
Akan tetapi buat warganegara Malaysia yang ingin membuat pertukaran bolehlah terus ke Jabatan Pendaftaran Negara diseluruh negara untuk membuat pertukaran tersebut.


Sedikit info mengenai sejarah Kad Pengenalan Malaysia yang kini dikenali dengan MyKad.
Merasa juga saya memegang kad pengenalan pada tahun 1999 tersebut.
bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dikenali sebagai MyKid.
dan buat warga tentera dikenali sebagai MyTentera.