Hari ini sempat berkunjung di kiosk Jabatan Pendaftaran Negara
Tahukah anda bahawa MyKad anda mempunyai struktur baru yang boleh ditukar mulai Januari 2012?
Ya. Saya juga baru mengetahuinya.
Walhal baru sahaja buat pertukaran pada Disember 2011 yang lalu atas sebab kerosakan.
Setelah mendapat penerangan serba sedikit oleh kakitangan JPN.
Pertukaran itu tidaklah wajib dilakukan.
Akan tetapi buat warganegara Malaysia yang ingin membuat pertukaran bolehlah terus ke Jabatan Pendaftaran Negara diseluruh negara untuk membuat pertukaran tersebut.
Sedikit info mengenai sejarah Kad Pengenalan Malaysia yang kini dikenali dengan MyKad.
Merasa juga saya memegang kad pengenalan pada tahun 1999 tersebut.
bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dikenali sebagai MyKid.
dan buat warga tentera dikenali sebagai MyTentera.
No comments:
Post a Comment